Litar di selatan tanah air itu akan dibina oleh jutawan Singapura, Peter Lim yang juga pengarah pengeluar kereta sport, McLaren Automotive berpusat di United Kingdom.
Syarikat terbabit ialah anak kepada McLaren Racing yang bersaing dalam kalendar F1.
Malaysia sudah mempunyai litar grand prix di Sepang yang sudah menjadi tuan rumah perlumbaan F1 sebanyak 14 kali sejak disenaraikan dalam kalendar perlumbaan pada 1999.
Pemaju litar terbaru itu tidak menyatakan rancangan untuk menjadi sebahagian daripada kalendar F1.
Litar sepanjang 4.5 kilometer itu adalah sebahagian daripada perancangan bandar raya sukan motor dalam Iskandar Malaysia di Johor. - AFP
sumber: berita harian